Telegram Group Search
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1445H

Jika kita belum mampu menyembelih binatang Qurban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita

Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan egoisme dalam hati kita

Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim.

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah  berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha

1. Bermula selepas timbulnya matahari pada 10 Zulhijjah. Kadar timbul matahari boleh dikira selepas selesainya solat sunat hari raya Aidiladha dan dua khutbah yang tidak terlalu panjang.

2. Jika sembelihan dibuat sebelum waktu ini, ia tidak dikira sebagai korban dan hanya dikira sebagai sedekah sahaja (sembelihan untuk mendapat daging semata-mata).

3. Waktu sembelihan korban adalah selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari tasyrik berakhir setelah terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika dilakukan selepas itu, ianya tidak dikira sebagai korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata.

4. Sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan korban dan tidak sempat melakukannya dalam hari-hari tasyrik, maka dia wajib melakukan korban tersebut walaupun tempohnya sudah tamat. Korban tersebut dikira sebagai qada dan qada tidak gugur dengan berlalunya waktu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | JAKIM
Hikmah & Rahsia Haji.

Beberapa rahsia yang dapat dikutip dari Ibadat Haji, antaranya;

1-Mengukuhkah tauhid dalam jiwa. Maka disyariatkan Talbiyah.

2- Mengagungkan bimbingan para Nabi dan kesan peninggalan ajaran mereka. Seperti tawaf di Kaabah dan Saei. Wuquf di Arafah serta melontar.

3- Tarbiyah akhlaq yang mulia; bersifat pemaaf dan lemah lebut dengan orang lain yang datang dari pelbagai budaya dan adat.

4- Perhubungan sesama umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia dan bertukar manfaat.

5- Maslahat dan kebaikan dunia dapat diperolehi dalam pertemuan di musim haji.

6- Kesucian tempat dan kemuliaan waktu dengan beberapa amalan haji yang disyariatkan oleh Allah.

7- Terkumpul padanya pelbagai jenis ibadat;
Ibadat jasmani, harta, perbuatan dan meninggalkan larangan.

8- Keluasan dan kelonggaran dari sudut hukum melalui hadis "if'al wa la haraj" ketika baginda ditanya di Mina tentang tertib amalam haji pada hari tersebut.
Berbeza dengan hukum solat dan lain-lain ibadat.

[Al-Haj syarah Bulugh al Maram 21-30]

*AAM, Mina. Hari Haji Akbar 1435H.

Kredit: Dr. Abu Anas Madani
Ibrah dari Kisah Nabi Ibrahim AS dan Hari Raya AidilAdha

Hari Raya AidilAdha, atau Hari Raya Qurban, adalah hari yang sarat dengan makna dan penuh dengan pengajaran. Ia mengembalikan kita kepada kisah agung Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS. Kisah ini bukan sekadar cerita, tetapi ia mengandungi ibrah yang mendalam bagi setiap hamba Allah yang mahu merenung dan mengambil pengajaran.

Nabi Ibrahim AS adalah contoh hamba Allah yang taat dan patuh. Baginda diuji dengan ujian yang amat berat, iaitu diperintahkan untuk mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail AS. Dalam keadaan yang begitu sukar itu, baginda tetap beriman dan berserah sepenuhnya kepada Allah. Kisah ini mengajarkan kita tentang erti sebenar pengorbanan dan ketaatan kepada Allah.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu," kata Nabi Ibrahim AS kepada anaknya, Ismail AS. Betapa beratnya ujian itu, tetapi Nabi Ismail AS menjawab dengan penuh keimanan, "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah, engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."

Pengajaran pertama yang kita dapat dari kisah ini adalah tentang ketaatan mutlak kepada Allah. Dalam kehidupan ini, kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Ujian tersebut mungkin datang dalam bentuk yang berbeza, tetapi ingatlah bahawa setiap ujian adalah peluang untuk kita menunjukkan ketaatan dan keimanan kita kepada Allah. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS telah menunjukkan contoh ketaatan yang tiada bandingannya.

Pengajaran kedua adalah tentang pengorbanan. Hari Raya AidilAdha mengingatkan kita tentang pentingnya pengorbanan dalam kehidupan. Pengorbanan bukan hanya dalam bentuk harta benda, tetapi juga masa, tenaga, dan perasaan. Kita harus bersedia untuk berkorban demi kebaikan dan kebahagiaan orang lain, serta demi mencapai keredhaan Allah. Nabi Ibrahim AS rela mengorbankan sesuatu yang sangat berharga baginya demi mentaati perintah Allah.

Pengajaran ketiga adalah tentang keikhlasan. Segala amalan dan pengorbanan yang kita lakukan haruslah dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menunjukkan keikhlasan yang tinggi dalam melaksanakan perintah Allah. Mereka tidak mencari penghargaan atau pujian dari manusia, tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Dalam menyambut Hari Raya AidilAdha, marilah kita renungi ibrah dari kisah agung ini. Jadikanlah ia sebagai peringatan dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Semoga kita semua dapat mencontohi ketaatan, pengorbanan, dan keikhlasan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan sabar dan ikhlas. Berikanlah kami hati yang taat dan patuh kepada-Mu, seperti mana ketaatan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Jadikanlah setiap pengorbanan kami sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada-Mu dan meraih keredhaan-Mu.

MasyaAllah, betapa indahnya hidup ini jika kita sentiasa berusaha untuk meneladani sifat-sifat mulia para nabi. Setiap hari adalah peluang untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tempoh Makan Daging Korban


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه

Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata;

"Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.'

(HR Bukhari No: 5003)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

17hb Jun 2024
10hb Zulhijjah 1445H
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” — Riwayat al-Tirmizi

Bulan Zulhijjah bukan sahaja dikenali sebagai bulan Haji, malah ianya merupakan bulan di mana ibadah korban dilaksanakan dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Maka bergembiralah mereka yang melakukan ibadah korban

Semoga Allah menerima amalan kita Aamiin
Forwarded from Best friend forever
2024/06/17 22:52:07
Back to Top
HTML Embed Code: